Tips travel ke Cambodia & Vietnam
1. Mostly tour guide di Cambodia boleh berbahasa
Melayu dengan fasih, jadi tiada masalah komunikasi berlaku. Tour guide kami
Safy ok, cuma dia tak berapa paham kehendak kami dan kami sepanjang jalan tak
banyak berbual.
2. Beli flight tiket direct ke Siem Reap kerana banyak
tour guide muslim boleh berbahasa melayu dan banyak tempat menarik di Siem Reap
berbanding Phnom Phenh.
3. Should try Cambodia’s famous dishes like dry fish, fish
morning glory, fish amok and beef climbing mounting. Not recommend to try Khmer spicy soup.
4. If korang stay di Tang Kang Angkor Hotel, sebelah
hotel ada mini mart kat situ jugak ada kaunter tiket bus. Naik bas pun kat situ
je. Night Market pun depan tu je 5 min jalan kaki. Dekat jugak dengan Cinema.
Muslim Street dekat area belakang hotel jalan kaki 10 min.
5. Waktu cantik ke Lotus Farm adalah November, lotus
berkembang dengan cantiknya.
6. Kalau korang datang ke Artisans Angkor jangan
terkejut kalau staff sana tak entertain korang macam dieowg entertain mat
saleh.
7. Waktu di Cambodia & Vietnam lambat 1 jam dari
Malaysia. Pkul 6 pm dah gelap macam 8 pm.
9. Makanan halal di Cambodia hanya ada pada satu
kawasan sahaja tapi KFC Cambodia juga halal di makan rase sebijik dengan KFC
Malaysia termasuk sos cili life. Burger KFC di Cambodia besar compare dengan
Malaysia.
10. Restoren Backpakers tutup pada hari isnin.
11. Jika anda tinggi lebih dari 175cm anda harus
bertabah akan kesukaran untuk tido dalam sleeper bas. Jika anda gebu berat 80kg
ke atas, untuk keselesaan di sarankan untuk beli 2 tiket bas.
12. Elakkan menaiki teksi di HCM jika anda tak nak
kena “pau”.
13. Gunakan google maps or waze jika anda sesat
berjalan.
14. Night Market di sekeliling Ben Thanh buka start
7:30 – 11:00 pm. 7:30 tu baru nak pacak2 kedai.
15. Berhati-hati dengan peniaga non muslim Cambodia & Vietnam yang
agak agresive.
16. Jika anda rase selamat makan di Malaysian Street
kerana ramai yang pakai tudung and kopiah. Sorry anda silap, itu hanya la
taktik mereka untuk berniaga. Kerana kawan aku sendiri tanya dengan penjual
kopi di Malaysian Street, dia cakap bukan islam pakai untuk keje sahaja.
17. Tak galakan untuk tukar duit “Dong” susah nak
kira, anda pakai je duit ringgit senang dan murah. Sebab aku ada beli satu kain
lace die ckp kat aku RM 105 tapi aku x de duit ringgit so aku bayar dalam dong
bile convert dalam RM108.56. So murah lagi ringgit tapi depends situation
jugak.
18. Berhati-hati dengan peniaga yang charges lebih
jika bayar menggunakan ringgit dan tidak mengikut currency semasa sebab kononnya
kalau tukar die kata rugi padahal menurut tour guide kami bile die tukar duit
ringgit mereka dapat lagi extra 3x ganda (jika aku tak silap dengar). So berhati-hati.
19. Wanita Cambodian & Vietnam suka pengang lelaki
punya nipple so sape yang berbadan besar berhati-hati. Hehe..
20. Menurut warga muslim vietnam, jika nak beli air
kopi halal dari Muslim cari orang nama Saleh dan jika hendak beli sandwich sardine
cari perempuan 1 org je pakai tudung. Malangnya, waktu kami datang tak jumpe
saleh atau perempuan yang dimaksudkan itu.
21. Warga muslim Vietnam warna kulit die lebih kurang kita
org melayu Malaysia dan jika nampak putih macam china mostly mereka bukan
islam.
22. Berhati-hati dengan travel and tours yang famous
di Vietnam & Malaysia sampai ada public figure pun gunakan khidmat beliau. Owner non muslim tapi menggunakan nama Islam. Pekerja muslim/non
muslim di paksa berpakaian purda/tudung or kopiah bagi mengaburi mata rakyat Malaysia/
orang muslim. Tempat makanan yang dibawa juga di ragui halal. Tapi kami
terpaksa redha bila tour guide kami yang kami yakin die islam bagai tahu
restoren di pulau Mekong adalah Halalan Toyiban.
23. Menurut muslim Vietnam, restoren halal di Mekong
adalah sebelah masjid bukan di pulau Mekong.
24. Jika anda menaiki sampan di Mekong river anda
harus menyediakan duit kecil \ sebagai tip pada mereka. Mereka akan bg
hint-hint dan simpati supaya kita berikan mereka tip.
25. Tandas di airport Ho Chi Min tidak di sediakan air
ye. So be prepared.
26. Susah nak cari Maybank ATM di HCM. Ada satu di
Saigoon tapi tiada ATM. So sediakan duit yang cukup.
Comments
Post a Comment