Pengalaman Pertama Merasai Rawatan DERMAPEN


Disebabkan baru baik dari kena chicken pox, so penuh la parut-parut kat muka nie. Sampaikan ada regular customer aku tegur. Yaallah malu nye memang nampak sangat teruk muka aku. Nak pakai cream parut memakan masa so aku decide buat treatment dekat spa.

After research aku jumpa satu treatment yang sesuai dengan condition muka aku sekarang nie iaitu dermapen (microneedle).  Treatment dermapen nie merupakan treatment berbentuk pen dengan jarum-jarum halus (micro). Masa aku tengok video kat youtube agak mengerikan lah ada sebab sampai berdarah muka tu.

Kegunaan jarum itu adalah untuk menghasilkan luka-luka kecil dan luka tersebut akan menjadi saluran mikro untuk memasukkan ubat yang merangsang pembentuka kolagen dan elastin yang kemudiannya akan meransang proses penyembuhan dan pembentukan jaringan yang baru. Selain itu, ia juga mampu menganjalkan kulit muka, menghilangkan kerutan di wajah,menghilangkan jerawat/bekas jerawat/parut berlubang, menghaluskan dan mencerahkan kulit.

Walaupun menakutkan tapi aku rase perlu untuk buat rawatan tu. So for, untuk first trial nie aku ada jumpa promotion RM99 sahaja dari sebuah medispa iaitu Estetika Medispa. Selain Shah Alam dia orang juga ada beberapa cawangan lain di beberapa negeri and korang boleh check kat ig die. So aku ambik peluang ini merasai sendiri pengalaman treatment dermapen ini.
22 February 2020 tarikh appointment aku, first korang akan di bawah ke satu bilik untuk check skin korang. Skin type aku ada combination. Then, korang di bawah ke bilik untuk rawatan dan rawatan nie mengambil masa selama 1 jam lebih.

Gambar ini di ambil 4 hari sebelum kena chickenpox

Ini la keadaan muka aku lepas kena chicken pox. 

**Untuk pengetahuan ini first time aku kena chicken pox, 
masa kecik dulu tak kena bile dah besar baru nak kena haru jugak nie. LOL.
Serik rasanya kena chickenpox, itu la dulu muka berjerawat marah now
Tuhan bagi lagi teruk sebagai pengajaran. 
Semoga lepas ini aku sentiasa menghargai diri aku. 

Ini adalah step by step treatement yang aku buat:

1st step – cuci muka dan bersihkan muka dari segala kotoran


2nd step- Nampak tak macam berkabus-kabus muka tu, muka di wapkan 
untuk membuka pori-pori di muka.

3rd step- sapu ubat kebas dan di biarkan dalam 30 min

 
4th step- treatment dermapen. Size jarum di laraskan mengikut ketahanan kita dan bahagian muka, if bahagian dahi dekat dengan tulang so size jarum tu sedikit halus berbanding dengan hidung ataupun pipi. Rawatan di fokuskan pada bahagian muka aku yang berlubang Ada berdarah sikit la muka, tapi tak berapa sakit sangat sangat rase macam kena gigit semut merah je.  Tapi boleh rase jarum cucuk-cucuk kat muka.

Last Step – muka di rehatkan dengan LED mask. LED mask ini mampu menganjalkan kulit.

Lepas treatement aku, muka aku yang berlubang macam makin banyk pulak lubang nye LOL.
Selepas treatment  selesai, ubat kebas habis dalam masa beberapa 4/5jam & kemudian muka akan rase sedikit pedih. So, digalakkan untuk meletakkan masker aloevera bagi memasikan kulit sentiasa hydrated.

2nd day after treatment muka ada sedit mengelupas and the next day liang pori tertutup boleh rase kulit aku macam kulit orang korea pulak (glass skin). Then now, kulit back to normal tapi lubang chicken pox ada nampak jugak perubahan sedikit tertutup. So conclusionnya, pada sapa yang merasa keberkesanan treatment di galakkan untuk buat sebulan 1 kali rawatan.

After 9 days treatment.


-Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Coretan Ini -

Comments