Annyeonghaseyo (안녕하세요)
"Anda merancang untuk ke Korea pada waktu winter @ end of winter (March)?!"
4 tips untuk anda yang pertama kali travel sewaktu winter:
1. Winter Cloth & Neck Warmer / Neck Scarf
Jangan jadi mcm aku, sbb pkr da hujung winter tp x de la sejuk sngt. Biasa je macam genting/cameron, kiteowg da buat research pun suhu sekitar 15C jek. So relax2 la tapi jeng jeng.. touch down je pilot bg tau. suhu sekarang 1C. Whattttttttt 😭. Melangkah je keluar pintu pesawat angin tipu sepoi -sepoi sejuknya mngeletar tulang 😢. Winter cloth aku pulak 1 jek, terpaksa ulang2 pakai 2 hari impian ootd punah 😢. #redhaje
Kenapa aku highlight neck warmer/ neck scarf penting, bile kena angin sepoi2 tu kena kat leher or muka mmg boleh beku tu. Tekak pun jadi kering. Aku nasib baik sbb time tu aku bawak baju turtle neck.
2. Hot pack, Lip balm, lotion & Minyak Urut Wajib Bawak
Macam aku yang tak banyak buat research, benda2 penting nie aku terlupa nak bawak. Pergi Daiso jgn beli glove (better beli glove yg betul2 tebal & quality) je kena jugak ada hot pack nie. Sebelum pergi kwn aku da remains tp biasa la aku nie buat bodoh jek, pkr end of winter x sejuk pun..*jgn jd mcm aku
*pic dari google
Bile sejuk, mula la bibir & kulit jadi kering. Betis aku da sama bentuk dengan rating pokok. Terkejut jugak aku, tak pernah kulit sekering macam tu. Nasib baik la kawan aku ada bawak lotion, bedal die punye je haha. Minyak urut pulak kalau korang terkena cramp macam aku tu, ada penyelamat.
3. Kasut
Kalau korang ambik pakej yang bajet mcm aku nie, mmg banyak berjalan so cari kasut yang sesuai. Ada kawan aku die beli kasut untuk winter yang ada heel mmg x berapa sesuai untuk kami yang banyak guna public transport. Kawan aku sorg lagi die pakai sport shoes memang selesa sebab senang nak jalan tapi korang kena pakai stokin yang tebal sikit untuk elakkan kaki korang kesejukan. Aku pulak acah2 che ta pkai kasut platform yg tinggi *sbb aku pendek x selesa pakai kasut rendah, huhu. Sudahnye 1st day aku da kena beli kasut lain redha je la nmpk rendah 😣
4.Prepare Stamina & Mental.
Bagi yang first time travel ke negara 4 musim. Aku nasihatkan, korang pergi jogging, hiking or buat aktiviti sihat yang boleh keluar peluhlah. Macam aku first time pergi negara 4 musim nie, aku tak banyak buat research sebab fokus cari duit untuk travel 😄 (maklumlah keje kuli jek gaji pun cukup2 bayar komitment). Akibatnya, sepanjang aku kat korea, kaki aku sebelah kiri tetiba cramp sebabnya:
1st - banyk berjalan, naik turun public transport (ambik pakej bajet jek) walaupun kaki cramp takkan nk sia2 duduk hotel je kan, aku gigih jugak herot2 kaki nie sepanjang kat Korea. Korea sama dgn Jepun, dieowg akan banyak guna tangga dari lift, biasa lift untuk ajumma (makcik2 tua)/ org2 tua jek. Tapi kami tebalkan muka naik je lift tu 😂.
2nd - cuaca sejuk, badan x biasa lagi. Walaupun da end of winter nie tapi sejuk smpai boleh kuar asap kt mulut tau. Macam mana la aku x kejung. cuba tengok tu..
haha.. aku try hard di situ.. jgn gelakkan😅
haha.. aku try hard di situ.. jgn gelakkan😅
Time sakit tu aku pkr nak cepat2 balik Malaysia & pergi urut. Guess what, sampai je KLIA 2, kaki aku & kawan aku automatic ok x payah nk berurut bagai. So korang, prepare stamina & mental sebelum pergi waktu winter nie.
Comments
Post a Comment