Selama nie aku rasa penatnya bekerja,kenapa kena kerja?
kenapa kena cari duit?
kenapa jadi hamba duit?
Kan best jd housewife je dok rumah jaga anak, nak ape semua dapat!
Tapi itu semua dalam drama tv je.Realitynya nak bahagia kena ada duit.
Duit.. Duit..
Tanpa duit kita bukan sapa2.Tapi dgn duit kita boleh capai impian kita.
Bile aku baca status Dato Alif tentang arwah ayahnya.Aku dapat rasa kesusahan die dulu, aku pun dari keluarga susah. Abah petani sahaja, mama ada buka kedai makan kecik2.Aku anak sulung, aku nmpak kesusahan mama & abah, kereta kena tarik, pergi sekolah naik bas. Berhujan naik moto.Beza dengan adik - adik bawah aku, mereka beruntung lahir time ekonomi abah da semakin stabil.Pergi balik sekolah naik kereta, duit belanja banyak, pakaian sekolah nak berjenama. Kadang2 aku terpikir kena aku yang kena lalui kesusahan dan nampak keperitan kehidupan mama & abah. Aku dari sekolah rendah sampai menegah kena bawak nasi lemak n nasi ayam jual kat kwn2 n cikgu.Kadang2 rasa malu tp terpaksa, namun disebabkan itu la business da sebati dalam diri aku. Aku bersyukur dengan keperitan dan kesusahan yang aku lalui aku jadi lebih kuat &aku boleh berdikari sendiri bile aku jatuh tersungkur. Aku ingt lagi sebab aku jenis demand nk cantik nk nmpk mewah, jadi abah kena keje keras alhamdulilah rezeki abah murah, Dari keter & rumah buruk, abah dapat beli keter impian & buat rumah impiannya. Aku? tumpang senangla. Walaupun aku tau abah & mama tak harapkan apa2 dekat aku & boleh beli sendri. Jadi aku terpikir, ape sebenarnya matlamat hidup aku? buat ape aku nk keje keras sangt? Bile aku tengok Dato Alif, public figure hadiahkan untuk parents die. So kenapa tak aku?!! Bile lagi aku nak balas jasa dan pengorbanan parents aku. Aku tak nak kematian aku nanti sia2 tanpa buat parents n org sekeliling aku gembira. Aku percaya rezeki yang datang untuk di kongsi, supaya hidup lebih gembira dari mewah sendiri tp hidup kesunyian.
Oleh kerena aku selalu lupa ape impian aku,
so aku tulis sini supaya aku ingat sebab ape aku kena kuat keje.
Sebab impian2 ini la:
1. Apply insurance untuk parents.
maaf abah & mama, adib x suke keje gov so x de benift hospital untuk family
2. Kawen sebelum 30
calon #ag
3. Sebelum umur 30 aku nak travel 5 negara
a. Indonesia ✅
b. Thailand ✅
c. Korea ✅
d. Philippine (coming soon)
e. ____________
4. Bawak parents pergi umrah/ haji
5. Beli Rumah
6. Buat rumah sewa
7. Hadiahkan barang yang parents idam2kan.
8. Beli kereta idaman
9. 100K simpanan, 50gram Emas untuk hari tua
10. Pencen umur 48 tahun
**20 tahun lagi dari sekarang
Aku x harap kaya raya macam Dato Alif tp cukup dapat penuhi impian hidup aku. Tak semua beberapa pun jadi la. Amin..
“Yaallah biar pun syurga itu tak layak untuk orang mcam aku, namun aku pohon panjangkan umur parents, family & org yang aku sayang serta kuatkan aku supaya dapat berusaha mencari rezeki & membalas jasa2 mereka. Amin...”
Comments
Post a Comment