Depression @ Deprasi


Penyakit  Deprasi @  Depression sekarang makin menjadi2 dalam 
kalangan masyarakat kita.
Deprasi adalah penyakit berkaitan dengan mental dan emosi.
Sama ada kita sedar ataupun tidak penyakit ini juga boleh membunuh dalam senyap.
Dulu aku pun pandang remeh penyakit nie.
Tapi bile kena diri sendiri aku, aku dapat rasa sengsaranya penyakit nie.
Alhamdulilah sekarang aku semakin ok. 

Aku simpati pada yang masih bertarung dengan penyakit ini.
Deprasi yang aku lalui sewaktu aku putus dgn ex bf aku 2 tahun lepas.
Membuatkan aku sedar, deprasi perlu di rawat. 

Aku tak nak cerita punca kami breakup, 
aku just nk cerita pengalaman aku sendiri sewaktu deprasi.
Aku rasa depression aku nie maybe at first stage,
So kalau korang ada symptoms macam aku,
korang da kena start do something to save your life.
Hope korang yang ada masalah mcm aku,
dapat baca dengan hati dan minda yang tenang.

Di antara symptoms depression yang aku lalui:

1. Why why?!!

Deprasi start dgn Why @ kenapa.
 "Kenapa dia tinggalkan aku?"
"Kenapa Allah nak uji aku macam nie"
"Kenapa dia berubah hati"
Kenapa.. kenapa..
Semakin banyak persoalan semakin banyak aku berfikir untuk cari jawapan
jawapan yang actually tak de.
walaupun ex pernah bg tau sebab die tp aku still tak puas hati
dan semakin banyk "why" dalam kepala aku.
Aku sering question diri aku sedangkan yang terjadi dah pun Allah tulis.
Aku seakan menolak takdir yang tertulis. 
(berdosanya aku mempersoalkan takdir)

2.Sering Mengelamun, Menyendiri & Menangis

Terlalu banyak "why" dalam otak aku dan 
aku sendiri mencari jawapan 
menyebabkan aku lebih suka menyendiri dan mengelamun.
Jasad je berjalan tapi otak entah kemana.
Aku slowly elakkan diri dari jumpa kawan2, banyak mendiamkan diri
Bila aku sendiri rasa sunyi,then memory dengan ex mula la datang
Aku pun stalk la die sampai hujung cacing
Akhirnya yang jadi air mata berjujuran jatuh...
Bangun tido pun nangis, 
tengah drive sorang2 menangis
dengar lagu sedih lagi la menangis.
Silap aku kat sini aku tak pun cuba dekatkan diri dengan Allah.
Mengadu dan menangis pada Allah.
Bile putus jgn lagi stalk media sosial ex tu,
kalau masih gatal lagi stalk uninstall je apps or buang FB/Ig korang. 

3. Aura Negative

Bile kita rasa down,
Nak pergi keje malas,nak buat keje takut salah 
Setiap ape yang kita buat semua jadi negative. 
Aku tak nampak langsung perkara positive.
Alhamdulilah aku cepat tersedar.
Cara yang aku  buat untuk keluarkan aura2 negative adalah
mandi bunga & mintak air dari ustaz.
aku bukan nak amalkan kepercayaan khurafat dengan mandi bunga.
mindset aku time tu aku just nk aura positive dari wangian bunga2 segar. 
Alhamdulilah sikit2 aku jadi positive dengan hidup aku.
Kalau korang rasa panjat gunung hirup udara segar boleh
naikkan aura positive, so buat lah.
Ikut keselesaan & kesesuaian korang.

4.Tak Makan

Seumur hidup aku makanan kira bff aku la.

aku & mknan tak dapat di pisahkan. 
Bile diet rasa seksa sangat tak dapat makan.
Tapi time aku depression tu 3 hari aku tak menjamah makanan pun aku still ok.
Perut tak rase lapar tapi hati dengan otak rasa kusut sangat.
3 hari tu berat aku turun mendadak.
Masa jumpa ex lepas breakup pun die boleh tegur aku kurusnya. 
Office mate pun tegur da kurus.aku tak de mood langsung nak makan.
Tapi aku paksa jugak makan walaupun tak selera.

5.Tiada tempat mengadu

Actually, aku ada kawan untuk mengadu.
Dia pun ada advice aku.
Tapi bile otak kita serabut org nasihat pun macam angin lalu jek
tak boleh nak hadam.
So no 1 & 2 tu berulang2,  
nak mengadu lagitapi malu dan takut kawan tu marah lagi
sebab masih tak berubah. 
Dia orang pun jadi malas nk nasihat lagi.
Bila tak de tempat lain nak mengadu,
aku pun cari la kawan baru dekat mana2 tahaku luah kan je kat die 
sbb die bukan pun kenal aku, family aku or kwan2
so tak la malu sangat nak luahkan. 
Dia orang punya advice pun tak bias nak sebelahkan sapa2.  
So dari situ aku boleh accept sikit2 masalah aku.
Cuma aku nasihatkan sebab orang baru kita kenal 
so hati2 sikit pilih jangan percaya 100%. 

6. Terpikir nak buat perkara di murkai Allah

Dalam keadaan depress ini 
mula la syaitan nak menghasut buat perkara yang Allah murkai.
Aku sampai satu tahap rase tak boleh nak handle perasaan nie
rasa nak korek2 kepala dan hati nie terpikir nak bunuh diri
nak jumpa bomoh.
Astagfirullahaladzim.
(Bertambah-tambah dosa aku boleh pikir tahap tu)

Itula antara symptoms depression yang aku lalui dulu. 
Depression terjadi sikit demi sikit, cara rawatannya pun kena ambik masa.
Kalau pesakit kanser bertarung melawan kanser/ virus dengan bantuan perubatan. 
Depression bagi aku adalah pertarungan antara diri kau dan mental kau sendiri. 
Means hanya kau je boleh tolong diri kau bukan orang lain.

Aku bersyukur setakat yang aku pernah kena berpunca dari satu issue.
Ada aku pernah dgr cerita kawan kepada kawan aku.
Dia depression dari pelbagai issue start dari parents divorce, seksual harassment, putus tunang, masalah kewangan dll.Kesian jugak aku dgr cerita dia, 
1 org kena handle pelbagai masalah.
Aku paham perasan die, dunia jadi gelap.
Walaupun orang sekeliling ada bg nasihat tapi 
kalau diri dia sendiri tak terbuka hati nak berubah sia-sia je nasihat tu.

Oleh itu, jaga la kesihatan mental korang.
Popular statement pesakit depression : 
"kau tak paham ape yang aku rasa, ko tak de kat tempat aku"
Iye betul, tapi tiada orang kt dunia yang perfect 
Semua orang akan di uji masalah dan dugaan.
The way kau handle masalah tu yang buat kau different dari yang lain.  

Jangan biar satu masalah berlarutan, jika remeh 
let it go don't think too much.
Lagi banyak pikir lagi banyak sakit.
Kalau kau rasa give up nak hidup dan tiada sapa pun sayang korang.
Pikir balik, 
kenapa kau masih hidup saat atas muka bumi ni.
Sebab kau masih ada hutang lagi, 
sama ada dengan Allah ataupun keluarga.
Hutang dengan Allah maksud aku amalan kau di dunia masih belum cukup untuk ke akhirat yang kekal abadi.
Hutang dengan keluarga especially parents yang dah membesarkan kau selama ini,
kau kena kuat untuk membalas jaga2 mereka.

If kau memang sebatang kara di dunia nie, bahagiakan diri kau
find your own happiness. 
Kau kena guna peluang kau nikmati peluang hidup di bumi Allah.
Kau suka travel pergi la sampai hujung dunia,
Buat apa yang kau suka but make sure jangan buat yang Allah larang.
Lagi banyak kau bergelumang dengan dosa 
lagi hidup kau tak berkat dan tak de ketenangan hidup.
Masalah akan selalu datang pada kau.

Jika tak mampu selesaikan masalah berbalik pada Allah.
Hanya Allah sahaja boleh permudahkan urusan kita
Kuatkan iman, solat 5 waktu sahaja tak cukup 
kena ada extra sepertisolat sunat, dengar ceramah,
alaman surah dalam kehidupan harian & membaca Al-Quran.

Aku bukan la pandai bab agama, 
masa aku depress
aku pernah marah Allah kenapa dia tak mendengar doa aku.
Bila aku tengok balik diri aku solat pun ada lubang &
aku terlalu mengharap kasih manusia yang semamangnya hati 
manusia akan selalu berubah
sedangkan kasih Allah itu abadi.
Start dari situ aku selalu dgr ceramah di youtube,jaga solat, 
buat solat sunat & amalkan surah2 harian.
Alhamdulilah aku semakin positive terima takdir,dan 
Allah hadir kan aku seorang lelaki yang hampir 80% tepat dengan ciri yang aku doakan.
So, tips nak cari jodoh ialah jaga hubungan baik kau dgn Allah.
Biar Allah uruskan jodoh kau.
Biar lambat asalkan tepat dari merana kemudian hari.

Itu sahaja perkongsian aku, tq sudi baca tentang pengalaman deprasai aku.
Aku harap korang yang baca blog aku nie sentiasa sihat.
Sayangi diri sendiri, kerna hidup hanya sekali.

Don't Look Back, Past still past.
Focus & do better for your future.

Yang baik dari Allah yang buruk dari diri aku sendiri







Comments