PART 1: Savings With ASB

Kelebihan keje makan gaji nie senang kita nak merancang kewangan,
tapi kelemahannya hujung bulan nk tunggu gaji je makan maggi. hehe..
Walau kita da allocate duit tu elok2, tetiba ada sale la bf ajak keluar 
ada je yang benda2 urgent nk kena guna duit.
Itu bagi aku lumrah hidup dengan makan gaji.
Kalau pandai buat business boleh la tambah sikit income tu.

Bagi aku gaji RM 1500 or RM 3000 sekali pun tak pernah cukup.
Sebab apa tak cukup; bile gaji dah banyak kita nak hidup kita ini ada improvement & 
makin selesa. 
Contohnya; dulu gaji RM 1500 tak de nak ambik insurance, bawak moto sahaja.
Bile da gaji RM 3000 nak beli kereta, nak ada medical insurance, 
nak bagi keselesaan family kat kampung dll.
Itu fitrah kita sebagai manusia, 
bukan jadi satu kesalahan sebab duit tak boleh bawak mati.
Yang menjadi kesalahan bila kita tak pandai nak menyimpan/ menabung for our future.

Aku tak reti menyimpan dengan cara tabung warna, 
maksudnya tabung warna ikut nilai duit. 
Contohnya warna biru = RM1, hijau= RM 5, merah= RM10 dll.
cara tu memang tak works untuk aku sebab akukan korek jugak. haha..
Tapi kalau menabung dengan duit syiling boleh pulak. 
Itu pun tak cukup 1 tahun asal nampak jek da penuh, mintak mama tukarkan.hehe..
So, kat dari sini aku tau yg aku nie bukan la jenis boleh nampak 
duit depan mata t mesti aku akan abiskan.

 Aku menyimpan dengan 2 cara iaitu: 
ASB & EMAS


sumber dari google


ASB ( Amanah Saham Bumiputera)

Aku suka simpan kat ASB sebabnya nak simpan senang tapi nak keluarkan leceh.Korang tak boleh keluarkan duit kat ATM tapi kena pergi bank/post office isi borang dan kena tunjuk IC. Leceh tapi dah menyelamatkan masa depan korang. hahaha..
ASB ini 2 jenis categories iaitu normal saving dan loan.
  • ASB normal saving iaitu kita simpan macam biasa jek awal tahun dividend masuk & dividend die lagi tinggi compare dengan normal bank. Cara simpanan pun mudah kalau korang ada myasnb. #semuadihujungjari.
Step to register myasnb:
Firstly kena ada account number ASB (boleh register kat mana2 bank yang ada ASB/post office)  ~   update phone no. dekat branch ~ sign up dekat myasnb

Then, untuk topup saving korang pun senang giler:

1. Login in

2. Sebelum topup saving korang kena check dulu waktu operasi die, biasanya normal working hours. Kalau die shows closed@ tutup korang tak boleh nk topup tau













3. Next, korang click dekat "Pelaburan Tambahan"



4. LANGKAH 1: Click highlight in yellow 
















5. LANGKAH 2: Masukkan amount yang nk simpan (min RM100)









6. LANGKAH 3: Payment confirmation










korang kena settlekan teka-teki nie then baru la choose payment method yang mana korang nk guna. Aku selalu guna online banking"FPX"direct ke website bank. 

Settle.. Myasnb memudahkan korang untuk check dividend, baki simpanan & menyimpan duit. Tapi nak keluarkan kena cara manual. 


  • ASB Loan. Sebuat je loan biasa kita akan pikir dapat duit sedebuk dari bank then bayar bulan2 sampai abis. Tapi untuk ASB Loan nie, kita bayar bulan2 dulu sampai tarikh matang. Yang bestnya ASB Loan nie, cara pengiraan dividend die lagi tinggi dari normal saving, lepas 2 tahun aggrement kalau tak nak teruskan kita boleh terminate & dapat surrender value + dividend, compare kalau buat personal savings dengan bank. So, kalau korang berminat nak apply ASB loan korang boleh apply hujung tahun sebab time tu banyak bank buat promo low interest rate. Pendapat aku ASB loan nie lebih kepada mendidik kita supaya menabung dengan cara paksa. Dari main kutu better korang buat ASB loan nie awal tahun dapat dividend. Untuk maklumat lanjut pasal ASB loan boleh visit click sini the way the explain memang mudah untuk paham.  

Comments