PART 2: Savings With Gold

sumber google images

Kenapa aku pilih simpan emas?

1. Aku suka emas. 
Mata aku akan berkilau-kilau tengok emas, aku suke dengan benda yang bling-bling macam Dato' Vida pulak.hehe.. 

2. Emas berguna di waktu kecemasan
Emas adalah salah satu asset yang senang di simpan dan boleh di gadaikan/dipajak pada bila-bila masa. Urusan gadai/pajak pun mudah berbanding dengan asset seperti tanah & rumah. 

3. Bila ringgit tak bernilai, emas adalah penyelamat.
Negara kita sekarang mengalamai inflasi sejak dari 2010, nilai ringgit jatuh teruk siapa yang pandai tu awal-awal da sediakan emas. Inflasi nie kesan die paling ketara pada adik- adik yang baru graduate refer artikle sini, aku masa baru-baru graduate apply keje tunjuk sijil degree pun majikan pandang macam tu jek, gaji tak setaraf dengan qualification pun. Tak pe think positive, hidup kena teruskan jangan demand ambik je apa-apa kerja janji halal mula dari bawah. So adik-adik yang baru graduate nie jangan berangan gaji tinggi, bersedia tempuh alam pekerjaan yang mencabar.

4. Harga emas akan naik tapi bukan dalam jangka masa pendek tapi jangka masa panjang
(contoh; mama aku hadiah gelang emas RM600 masa aku umo 10 tahun, now dah umo 28thn gelang emas aku bernilai RM2000) emas tak sama dengan ASB ye, hujung tahun dapat dividen. Kenaikan die pasti tapi makan tahun, mindset simpan emas beli hari nie, tapi kegunaan 5/10thn akan datang. 

Ramai yang takut simpan emas sebab nak elak bayar ZAKAT. Islam agama yang mudah jgn kita berat dengan pemikiran macam tu. Emas yang di pakai & tidak di pakai (emas simpanan) wajib membayar zakat mengikut nisab yang di tetapkan. Korang boleh refer sini . Citer pasal zakat emas yang di simpan / tidak di pakai , nisab zakat adalah 85 gram, harga semasa RM186/gram (27/3/2019). So, kalau simpan RM185/gram per month; 85 bulan = 7 tahun. Biasanya korang takkan sempat nk kumpul 85gram pun, nanti ada emergency da kena jual emas tu.

sumber google images

Kenapa tak simpan perhiasan emas seperti gelang, rantai etc?

Kalau dah nama perempuan perhisaan emas tu wajib ada kat badan. Tapi kalau dah pakai bertahun bila ada emergency sayang nak pergi gadaikan. If pkai emas untuk perhiasan semata-mata tak de masalah, but if niat simpan emas untuk kecemasan better simpan emas dalam bentuk 1gram or gold bar.



Emas 999 (Public Gold)

Apa itu emas 916 dan emas 999?

Emas 916 adalah emas campuran yang sesuai di buat menjadi perhiasan seperti cincin, rantai dan gelang. Manakala emas 999 adalah emas PURE, tiada campuran dan semestinya harga emas 999 adalah lebih mahal. Click sini for more info.
Emas 999 tidak sesuai di buat perhiasan kerana lebih lembut dari emas 916. Emas 999 biasanya dalam bentuk syiling, kad emas 1gram, jongkong emas dll.
Aku prefer simpan emas 999 sebab mudah dan senang menyimpan & digadai. Menyimpan dengan serendah RM100 /sebulan cukup je gram emas fizikal yang kita nak pas tu tebus je kat mana-mana branch Public Gold. Kira macam kita main kutu sendiri jugak la.

Pajak emas atau gadai emas?

Banyak sebenarnya kedai pajak gadai kat Malaysia nie, tapi untuk muslim kita ada syarikah Ar-Rahnu. So far, aku tak de lagi experiece pajak emas nie. Tapi parents aku ada buat pajak emas dekat ArRahnu Bank Rakyat. Parents aku cakap pajak emas bila betul-betul emergency, bank akan bagi duit dalam 70% dari nilai emas. Aku nak cerita banyak belum cukup ilmu so nak tau detils klik sini. Untuk process gadaian emas di Pejabat Pos Ar-Rahnu boleh refer blog bro nie memang senang nak paham,


Comments

  1. casino poker | Reviews, Ratings and Games - CasinoTradeTos
    Find the best 해외배당흐름 casino 토토 검증 먹튀 랭크 poker reviews, information, and reviews 모바일 벳 365 from CasinoTradeTos. Rating: 3 사이트추천 · ‎Review 도박 사이트 by CasinoTradeTos

    ReplyDelete

Post a Comment