Agar- Agar Kering


Apa itu Agar- Agar Kering??

Agar-Agar Kering merupakan manisan tradisional zaman dulu. Zaman Tok Nenek kita dulu tak de lollipop, chewgum dll so dieowg create manisan/ gula-gula untuk kanak-kanak. Dengan kehidupan yang susah di tambah pula dengan bahan-bahan/peralatan yang limited, mereka menggunakan sumber alam semula jadi untuk menjadikan sesuatu makanan.

Sumber alam semula jadi seperti tenaga solar. Agar-Agar kering ini di jemur di bawah cahaya matahari selama 4/6 hari (bergantung pada keadaan cuaca). Rumit bukan? Dan kami pun masih menggunakan cara yang sebegini. Jika menggunakan oven rasa tradisional itu tak de / tak sampai.

Bahan-bahan yang kami gunakan sangat la mudah iaitu agar-agar, air, gula pasir, gula batu & perasa maknan. Yang menjadikan susah adalah part nak menjemur sehingga kering yang memakan masa yang lama. Agar-Agar Kering nie boleh bertahan sehingga 3 atau 4 bulan pada suhu bilik.

Sebelum di jemur


Selepas 5 hari di jemur

Untuk Tempahan click sini. 

Kami menyediakan pelbagai perisa iaitu:
  • Coklat - Milo
  • Oren- perisa oren
  • Hijau- kelapa pandan
  • Pink - strawberry
  • Putih pink- blueberry
                                                 

Harga Pengenalan : RM 18 
Berat : 650 gram


Harga Pengenalan : RM 2.50
Berat : 60 gram



**Walaupun kehidupan semakin moden namun jangan lah kita lupa tradisi yang menjadikan
 kita pada hari ini. Semoga manisan tradisional ini tidak luput dek zaman.

Comments