PART 1 - Sihir Melalui Gambar

sumber dari google

Sering Bergaduh

Kisah bermula apabila menjelang beberapa bulan aku merancang untuk berkahwin dengan pilihanku.
Semakin dekat dengan tarikh perancangan perkahwinan, kami sering bergaduh. Dengan perangai aku yang cepat sangat melenting & marah- marah.
Pada mula aku pikir dugaan biasa untuk melangkah kearah hubungan yang halal.
Namun semakin bergaduh perhubungan kami menjadi semakin renggang.
Sungguhnya bukan ini yang aku mahukan.
Selama berkawan kami tidak pernah bergaduh besar.. perhubungan berjalan lancar namun apakan daya..

Badan Berangin & Kerap Sendawa

Siapa sangka tubuh yang sihat mengalami gangguan sihir.
Selama ini tak terpikir langsung diri ini ada gangguan sihir kerana tiada langsung tanda-tanda dari mimpi mahupun secara zahir.
Cuma masalah yang ada pada aku, aku nie jenis cepat masuk angin, kena urut sikit je aku dah berangin & sendawa.
kadang-kadang tengok orang berurut je aku dah boleh rase angin & sendawa.

Perubatan Islam

Nak di jadikan cerita di sebabkan masalah dengan pasangan aku, aku jadi tak tahu macam mana nak settlekan.
Kebetulan mama ada ikut program perubatan Islam  anjuran Ustaz Raja, di sebabkan hati ini semakin tak tenang dan gelisah aku pun bersetuju untuk join mama ke program tersebut dengan niat hanya untuk mendapatkan nasihat & air penawar lembut hati.
Program ini berlangsung selama 20 hari di kampung sebelah
Perubatan yang di jalankan adalah untuk merawat  penyakit saraf, gangguan mistik & khidmat nasihat dari ustaz.
Selama 20 hari ini, 3 ustaz & 10 pembantu di amanahkan untuk menjalankan rawatan islam secara PERCUMA.

Disahkan mengalami gangguan sihir

Program bermula 9:30pm (aku start pergi 7/7/19, hari ke 12 program di jalankan) pada permulaan program kami di hidangkan dengan madu gurun, rawatan mata & resdung.
Seterusnya ustaz akan pergi setiap sorang untuk “scan” dan. membuat rawatan.
Tiba giliran aku, aku dengan yakin cakap;

Aku : saya tak de masalah ustaz, just nak mintak khidmat nasihat
Ustaz: Takpe saya “scan” dulu
Aku: Ok (dengan berat hati)
Sewaktu rawatan aku asyik sendawa sahaja sampai rasa muntah lendir, 2 kali ustaz buat rawatan pada aku dan akhirnya dia bagi tau..
Ustaz: Awak nie kena ganggu sihir nie.
Aku : *blur (Yaallah betul ke nie?! aku sukar nak percaya & di terima akal)
Ustaz: esok awk bawak gambar awak, air &; limau 7 biji bagi ustaz. Lepas 2 hari baru awak ambik balik air itu.

-Keesokkan hari-

Badan aku start rasa sengal-sengal nak bergerak pun tak selesa.
Keesokan harinya aku berubat seperti biasa & muntah seperti biasa.

BERSAMBUNG...

Comments