PART 2 - Sihir Melalui Gambar

sumber dari google

“Hati- Hati Dengan Siapa Awak Berkawan”

Hari ke 3 rawatan, aku dapat kembali air & limau yang akan digunakan untuk mandi.
Tetapi gambar ustaz akan simpan selama 4 hari lepas itu baru boleh aku ambil.
Seperti biasa keadaan badanku yang rasa sengal-sengal & perut sakit.
Pada malam itu, ada kedatangan ustaz jemputan yang mahir akan rawatan saraf.
Seperti biasa setiap sorang yang hadir akan di rawat.
Turn aku di rawat oleh ustaz jemputan.
Cara rawatan di agak agresif bagi aku sehingga kan aku muntah lendir berdarah tidak seperti ustaz yang lain.
Dengan ustaz jemputan ini aku sedikit hint punca gangguan sihir ini (dimana 2 ustaz sebelum ini susah untuk beritahu, fokus hanya rawatan bukan punca)
Menurut beliau;

“Rasa sakit sengal-sengal yang awak rasa itu bisa yang tertinggal”
“Awak akan rasa sakit selama 11 hari”
“Awak nie dah lama kena bukan seminggu dua minggu”
“Awak ini jaga pemakanan tapi awak salah ambik sayur, awak suka makan sayur sejuk & menjalar sebab tu senang masuk”
“Awak period baru baru ini makan timun kan?” (Aku: yaallah macam mana die tahu)
“Nasihat saya hati-hati dengan siapa awak berkawan”
“Awak tahu siapa yang saya maksudkan”
“Banyakkan berzikir”
“Sebelum tidur ambil wuduk dahulu”

Siapa Yang Ustaz Maksudkan?

Sepanjang malam & setiap masa aku asyik terpikir-pikir aku siapa yang ustaz ini maksudkan.
Yang aku berkawan sekarang ada la bf aku sekarang ini.
Takkan dia pulak, aku ada tanya ustaz details tapi macam biasa die tak akan bagi tahu banyak.
Persoalan itu sentiasa menjadi tanda tanya dalam minda aku.
Istiharah yang aku buat bukan buatkan aku was-was dengannya tetapi aku semakin rindukan dia.
Sudah hampir 2 minggu , kami masih tidak berhubung sejak dari pergaduhan hujung bulan syawal.
Walaupun aku tak dapat mimpi dari solat istiharah tapi hati aku makin yakin dia yang aku nak hidup bersama.

Ambil Gambar

Hari ke 4 rawatan jatuh pada hari Rabu, kawan mama tegur aku cakap muka aku nampak berseri tak macam sebelum ini nmpak hitam saja.
Malam itu aku pikir lepas dari ambil gambar yang aku bagi pada ustaz aku tak nak datang lagi.
Sebab penat sangat, hari-hari pergi kerja dari kampung perjalanan 1 jam ke office di Shah Alam 3 kali datang lewat di tambah bisa-bisa pada badan.
Sangat meletihkan aku.
Seperti biasa ustaz masih cuba keluarkan bisa sisa-sisa sihir pada badan aku, penat asyik muntah - muntah jek.
Tiba sesi ke2 untuk berjumpa dengan Ustaz Raja untuk ambil kembali gambar aku.
Mama yang wakil ambik gambar sebab aku segan nak jumpa ustaz.
Tapi Ustaz Raja panggil aku datang pada dia.
Ustaz Raja pandang aku & panggil anak murid die Ustaz S.
Ustaz Raja arahkan Ustaz S buat sekali lagi rawatan keatas aku.
Sewaktu rawatan aku rase yang tu paling sakit aku muntah muntah, Ustaz Raja tolong Ustaz S untuk tarik lagi “benda” untuk keluar dari badan aku.
Lepas dari rawatan tersebut, Ustaz Raja mengarahkan aku untuk mandi bunga pada esok hari.
Gambar aku masih lagi dalam simpanan beliau.
Dengan berat hati aku terpaksa lagi datang pada esok hari.

Sejujurnya, sehingga tahap itu aku tak rasakan yang aku ini terkena gangguan sihir kerana aku tak rase secara zahirnya aku di ganggu makluk halus.
Cuma yang aku perasan aku ini cepat emo & moody tanpa sebab yang aku sendiri tak boleh tafsir kenapa aku sebegitu.
Sehinggakan memberi kesan hubungan aku bukan sahaja pasangan & keluarga tetapi juga rakan sekerja dan sahabat-sahabatku.
Aku ada google, memang salah satu tanda di sihir ada pada aku.

BERSAMBUNG...


Comments