PART 3 - Sihir Melalui Gambar

sumber dari google

Badan Panas

Hari ke-5 rawatan jatuh pada hari khamis, so kiranya khamis malam jumaat.
Aku berbebar & rasa malu sangat kerana akan dimandikan di depan orang ramai.
Ikutkan hati tak nak pergi tapi apakan dayaku, aku mahukan benda yang mungkin menggangu perhubungan aku & pasangan ini hilang & kami pulih seperti sedia kala dengan izin Allah. Insyaallah Amin.
Sepanjang menunggu turn untuk di mandikan pada sesi kedua iaitu sekitar 1 pagi, aku rasa letih mengantuk, kena gigit nyamuk tak payah cakap la padahal sebelum ini pergi program tak pernah rasa kena gigit nyamuk & rasa panas sangat.
Aku asyik tanya akak sebelah aku;

“kenapa malam ini panas ye?”
“akak tak rasa panas ke”
“hiss lamanya ustaz ini nak mandikan”
“lama lagi ke?”
“panaslah kak, kenapa ye”

Aku jadi gelisah, asyik tengok jam, kipas badan, rasa nak mengamuk, rasa nak balik.
Aku tetido kejap bagun panas badan, tido lagi bagun panas..
Aku pelik kenapa orang lain tak panas..
Panas yang aku rasa macam nak buka baju jek.
Kawan mama cakap sabar benda tu tak nak ko mandi bunga die nak keluar
Aku angguk saja sebab tak boleh dah nk pikir dengan kepanasan itu.

Mandi Bunga

Jam 1 pagi, tiba waktu pada yang aku nantikan untuk mandi bunga.
Malam itu ada 4 orang yang akan dimandi termasuk aku.
3 perempuan dan 1 lelaki.
Mandi bunga bukan sebarangan yang aku pernah mandi di spa.
Air yang di gunakan adalah dari 3/7 buah masjid, 7 bunga, 7 limau & garam.
Malam itu Ustaz Raja bersama adik beliau telah menyiapkan bahan-bahan mandian.
Yang lawak mama punya air 3 balang besar dalam 20 liter macam aku kena mandi satu kolah bukan baldi. *adeh
Setiap pesakit akan duduk di atas kerusi berhadapan baldi masing-masing dan mengadap Ustaz Raja.
Petugas akan buat bulatan berdiri di belakang pesakit sambil berzikir.
Aku berada di tengah-tengah tapi aku orang yang terakhir akan mandi.
Waktu itu badan aku tidak panas tapi aku dapat rasakan dalam badan aku seolah-olah ada benda yang meronta-ronta untuk keluar. Aku jadi gelisah & waktu yang sama aku berselawat dan berzikir banyak2.
Setelah siap semua, tiba untuk adik Ustaz Raja mandikan pesakit pertama (lelaki dalam lingkungan awal 60an)
Sewaktu pesakit pertama itu di mandikan, pada siraman ke 2 dengan tetiba tiba hujan turun dengan lebat diikuti dengan kilat dah ribut.
Semua orang berlari kedalam khemah yang lebih besar.
Dalam hati aku "Yaallah dramaticnya, teruk sangat ke penyakit gangguan sihir aku ini"
Alunan zikir sentiasa bermain di bibir aku, ustaz dan petugas.
Tiba giliran aku, aku menjadi sangat berdebar sewaktu adik ustaz Raja mandikan aku pada siraman pertama badan aku mengigil tanpa henti aku cuba menahan badan aku tapi masih menggigil, aku pandang baldi yang ustaz tengah mandikan aku, aku dapat rasakan air itu tak sejuk rasa suam je kenapa badan aku mengigil sangat ini.
Ustaz tanya aku, sejuk ke? aku mengiyakan mungkin sejuk sebab hujan masih ada kot.
Padahal aku sendiri tak tahu kenapa aku mengigil, biasa kalau kita mengigil kesejukan mandi pagi gigi akan terketar-ketar tapi tak pulak gigi aku ketar.
Setelah selesai di mandikan aku tukar baju & jumpa ustaz untuk ambil balik gambar aku.

Meminta Nasihat & Pandangan Ustaz

Sewaktu aku berjumpa ustaz Raja, aku meminta pendapat ustaz tentang perhubungan aku dengan pasangan aku jika dia tahu tentang masalah penyakit aku ini.
Sebenarnya aku nak korek lagi hint-hint dari ustaz pasal gangguan ini.
Tapi hampa masih menjadi teka teki.
Ustaz memberi tahu "awak kena bagi tahu kekurangan diri awak supaya dia tahu".
Dari ayat ustaz aku dapat rasa masalah ini bukan dari pasangan aku sekarang ini.
Ustaz Raja scan aku lagi & beliau hanya bagitahu "insyaallah, banyakkan berzikir".
Aku tak tahu berapa percent lagi ada dalam badan aku & sejauh mana & sebanyak mana benda itu telah masuk dan keluar dari badan aku.

**yang aku suka rawatan mereka tidak bersentuhan sangat dan mereka menggunakan sarung tangan untuk menjaga batas

BERSAMBUNG....






Comments