PART 4- Sihir Melalui Gambar

sumber dari google

Semakin Rindu

Keesokan hari Jumaat malam Sabtu aku tidak join program tersebut kerana aku perlukan rehat.
Aku hanya hantar mama dan kawan dia berubat.
Malam itu aku jadi rindu pada bf aku..
Dah lama sangat dia biarkan aku tertanya-tanya akan status perhubungan kami.
Diwaktu yang sama aku masih lagi tertanya-tanya siapa yang hantar benda ini pada aku.
Tanpa pikir panjang aku whatsapp bf aku bagitahu apa yang aku rasa dan aku mohon kata putus dari dia.
Seperti biasa senyap seribu bahasa.
Namun hati aku dah bersedia dengan segala kemungkinan.

Kalau Ada Jodoh

Keesokkan paginya, seperti yang ada dalam fikiran aku.
Bf aku mohon hubungan ini sampai di sini, kalau ada jodoh kita teruskan.
Tanggungjawab & financial tak kukuh menjadi alasan dia.
Jujur perasan aku ketika itu kosong & sedih.
Aku tak salahkan dia mungkin betul apa yang dia cakap.
Dia belum bersedia.
Aku makin kuat nak sangat tahu siapa yang menghantar sihir ini pada aku tak nak lagi berteka teki.

Akhirnya Terjawab

Mama bawak aku jumpa ke rumah Ustaz N tak jauh dari rumah aku.
Mama cakap Ustaz N ini dia tak berahsia.
Aku pun ceritakan kat Ustaz N apa yang berlaku pada aku dan aku nak tahu benda ini aku tak sengaja terkena or ada orang yang hantar.
Ustaz N tak pun tanya soalan lain die lebih kepada masalah aku dengan bf aku.
Tak de pun tanya pasal keadaan atuk/ rumah atuk (atuk aku selalu di ganggu sihir/saka itu yang aku takut terkena dari situ)
Yang mengejutkan aku dia tanya "ada kawan lain ke kamu mesej waktu puasa hari tu"
Terus aku teringat Ex bf aku yang pertama.
Aku yakin sihir ini dari "kawan" bukan dari atuk kerana 2 orang cakap benda yang sama tanpa perlu selidik & pengang aku.

** siapa yang kenal aku mesti tahu aku nie jenis couple tak lama asyik bertukar tukar, tapi bukan aku yang putuskan ye.. so i am not play girl. So sepanjang aku couple, ada 3 orang yang buat aku rasa terkesan sangat (Sipolan, Z & G). Yang baru putus semestinya Mr.G.

Ex Ku Sipolan

Mengingat kembali, permainan dia yang sungguh aku tak sangka.
Masa awal puasa hari itu dia ada mesej "Hi" kat aku di telegram.
Kerana aku sudah block dia di whatsapp & wechat.
Aku memang malas nak layan dia sebab kami dah 5 tahun putus tapi setiap tahun waktu puasa (dia buka kedai makan so waktu puasa waktu die cuti berniaga dan rehat) dia mesti akan cari aku balik.
Aku sendiri tak tahu kenapa, nak cakap dia mintak couple balik memang tak de pun bahkan aku sendiri pernah tanya dia.
Dia senyap saja, so aku move on cari yang lain.
Lepas 5 tahun putus ada la dalam 3 kali aku kuar (makan & tengok wayang) dengan die, 2 tahun nie aku memang tak layan dia langsung sebab rasa bosan.
Bagi aku dia masih tak move on.
Di telegram profile picture memang terang lagi bersuluh gambar aku dan Mr.G.
Takkan tak paham lagi aku memang tak nak ko mesej lagi.
Kali ke 2 die "Hi" aku terus marah tulis "nak apa lagi"
dia tak reply dan senyap begitu sahaja.

Aku yakin Dia

Mengikut pengiraan aku, aku start gaduh dengan Mr. G awal nak puasa, hujung puasa & hujung raya.
Dan waktu itu tiba-tiba dia muncul.
Aku teringat kes aku dengan Mr. Z 2 tahun lalu, aku jenis memang susah sikit nak exposed gambar bf kat media social kalau ada gambar beramai-ramai.
Sewaktu aku dengan Mr.Z die memang ajak aku untuk bertunang.
Aku pun ok jek, tetiba sipolan whatsapp macam biasa say "Hi" ajak ke luar.
Time itu aku bengang aku cakap "jangan ganggu aku lagi, aku nak tunang"
dia tak percaya cakap aku tipu dan dia nak gambar.
Ting Ting...
Gambar aku dengan Mr. Z terlepas bagi kat sipolan dan seperti biasa si polan menghilang.
Aku ingat dia paham, jangan ganggu lagi aku.
Tapi tak lepas dari itu Mr. Z tiba-tiba berubah fikiran dari excited jadi menjauh dengan aku
Langsung tak nak pandang aku tak nak terima aku
Salah aku pun tak tahu apa sampai tak boleh nak fix kan balik hubungan aku.
Kebetulan lagi, lepas putus si polan ajak keluar.
Sebab aku nk tunjuk kat Mr.Z aku dah move on aku pun keluar la dengan sipolan.
Tapi hakikatnya, aku tak boleh move on lama jugak aku meroyan 1 tahun.
Dalam 1 tahun Mr.Z dah kawen aku still single.
Ada beberapa orang aku kenal tp still tak ngam rasa macam susah sangat jodoh ini nak melekat.
Sampai aku bertemu Mr.G.

Aku & Mr. G.

Aku & Mr.G start serius masa raya tahun lepas, so waktu puasa tahun lepas si polan tak boleh hidu aku tengah bahagia.
Sampai la puasa tahun ini dimana kami dah merancang untuk berkahwin.
Sipolan dapat hidu kebahagian aku so macam biasa dia akan buat aku berpisah macam aku dengan Mr.Z.
Apa yang aku dapat simpulkan sipolan ini bukan nakkan aku, dia hanya tak suka tengok aku bahagia dengan lelaki lain.
Aku sampai sekarang tak tahu kehidupan dia macam mana dah kawin ke cerai ke ada anak ke?!
Sebab dia memang tak ada social media.
Susah untuk aku stalk.
Aku tahu dia masih stalk kehidupan aku.
Jika kau baca penulisan aku ini & kau terasa itu kau.
Kau minta maaf dengan Allah atas kejahilan kau ini kerana sampai hujungnya pun aku tak akan maafkan kau.
Untuk Mr.G, i tahu susah untuk u percaya.
I pun tak harapkan u percaya n kasihan kerana i tahu mata & hati u dah di tutup untuk i.
Meroyan macam mana i untuk dapatkan u balik pun tak guna (sebab i ada experience).
I harap you boleh rujuk ustaz, if you rasa someting pada u.
I takut terkena pada u jugak.

Ini permulaan

Hidup aku, hati aku jadi tenang lepas berubat.
Nasihat aku; jika rasa ada tidak kena dengan diri atau orang kesayangan cepat-cepat berjumpa dengan ustaz.
Yang sihat tubuh badan tak semestinya sihat dalaman.
Hati-Hati upload gambar di media social. 
Aku akan sentiasa positive, datang la hantar la sebanyak mana aku akan terus kuat untuk hidup dan mengejar keredahan Allah.
Ini permulaan kehidupan dewasa aku, banyak lagi ujian aku & akan jumpa manusia yang berhati busuk.
Just follow the flow.

Terima Kasih Sudi Membaca.

"semoga anda di lindungi Allah"





Comments