Itenary: Cambodia – Vietnam (5 hari 4 malam, 2 negara 3 daerah


➦➦Full Itenary: Cambodia – Vietnam 
(5 hari 4 malam, 2 negara 3 daerah)


Day 1 : Phnom Penh Tour




Ø  Dalam 10:40am sampai di airport Phnom Penh, di sambut oleh tour guide kami Safy
Ø  12:00 pm kami tiba di restaurant muslim Phnom Penh untuk makan tengah hari. Lauk yang di hidangkan sama dengan lauk makanan tengah hari di Malaysia so kami tak berapa excited nak makan. Total 6 orang makan ada lah USD 28 x RM 4 = RM 112. Terlalu mahal bagi kami kerana mostly kami hanya ambik nasi dan 1/ 2 jenis lauk sahaja.

Ø  Kemudian kami di bawa ke Tuol Sleng Museum = 8 $ ( RM 33.48) tiket termasuk audio guideline versi English. Tempat nie adalah sebuah sekolah lama yang di jadikan tempat penyiksaan untuk golongan yang bijak pandai Cambodia. Seramai lebih kurang 12 ribu tahanan terkorban dalam masa 5 tahun. Mangsa-mangsa terkorban telah di framekan pada gambar setiap bilik. Dalam audio itu juga korang dapat mendengar jeritan mangsa-mangsa. Cara penyiksaan yang sangat kejam dan tidak masuk dek akal. Tempat yang wajib di kunjungi.

                        


cara penyeksaan

sekolah yang di jadikan tempat penyiksaan


Ø  Setelah itu, kami di bawa ke Royal Palace oleh kerana tiket mahal lebih kurang RM 40 & kami rasa kurang menarik untuk masuk ke dalam jadi nya kami hanya bergambar di luar sekitar Royal Palace.
Di hadapan Royal Palace

Ø  5pm kami bergerak menuju ke Siem Reap.
Ø  Tiba di Siem Reap lebih kurang 10pm kami di bawa ke kedai Restoren Muslim Family Kitchen total makan USD 24.50. Ok not bad cause makan untuk malam lauk pun banyak.

chicken climbing mounting, fish morning glory & fish amok.

Ø  Then, check in hotel.

Tang Kang Angkor Hotel



Day 2 : Siem Reap Tour ( Lotus Farm, Artisans Angkor & Cambodia Cultural Village)



Ø  Untuk tour di Siem Reap, Safy perkenalkan kami dengan sepupu die iaitu Sofian. Dia boleh berbahasa Melayu tapi tak boleh berbahasa English. Sofian sangat fasih dan tour kami untuk 2nd day nie menaiki tuk tuk total 2 tuk tuk untuk 6 orang.
Lotus Farm

Ø  First kami ke Lotus Farm, aku mula-mula macam tak setuju sangat tapi di sebabkan tiket murah and nak abis kan masa aku on jek. Walaupun lotus tak de tapi suasana situ sangat cantik sesuai untuk bergambar.
Ø  Kemudian kami ke Artisans Angkor melihat seni craft warga Cambodia dari segi ukiran, pembuatan silk, silver dan sebagainya. Tiket masuk adalah percuma.


                                    
                                    pembuatan sutera Cambodia
ukiran kayu


Ø  Setelah itu, kami di bawa ke restoren Backpakers untuk makan tengah hari. Restoren Backpakers paling best kerana air sirap/teh dan nasi boleh refill PERCUMA. Total makan 6 orang dalam USD 18 x 4 ( RM72) sangat la murah, berbaloi dengan portion yang banyak dan sedap.

 Dry Fish Isi tebal
d      

Ø  Pada jam 2pm kami dibawa ke Cambodia Cultural Village dalam 10 min perjalanan menaiki tuk tuk untuk melihat Cambodia’s cultural performance. Pada hari ahad ada 6 pertunjukan bermula 11:30am tapi kami sempat tengok 5 show sahaja.
Ø  Di Cultural Village terdapat juga miniatures of famous building, wax museum dan jenis- jenis rumah setiap bangsa. Tapi kami tak sempat nak tengok semua tu, guideline audio pun tak dengar langsung, so if korang boleh datang awal lagi bagus.
Ø  Show berakhir pada jam 9pm dengan penutup persembahan “ The Greatess King – Jayavarman 7th) penutup yang sangat best siap ada kerbau lembu masuk n “terberak” lagi. Haha…

Khemer Weeding Performance

Chinese New Year Performance

Rice Praying Performance

Choosing Fiance Performance

The Greatess King - Jayavarman 7th Performance


Ø  Kemudian kami ke Night Market untuk shopping. Hanya ada 1 sahaja kedai souvenirs murah dan owner muslim iaitu Kedai Siti:
Baju 1 helai USD 1 = RM 4, Fridge Magnet USD 1 dapat 5 pcs. Harga pun boleh runding tapi korang kena cepat sebab dlm pkul 11pm die dah tutup. Kedai die dekat dengan sungai di jambatan yang penuh dengan lampu.




Day 3: Angkor Wat


Ø  Kami bergerak ke Angkor Wat jam 5 pagi untuk melihat sunrise. Pas masuk Angkor Wat ada 1 hari – 7 hari. Kaunter tiket dengan Angkor wat sangat lah jauh and get ready nanti kaunter akan ambil gambar korang untuk print pada tiket.



Ø  Total temple ada dalam 7 buah, temple pertama yang kami masuk sangat besar banyak tempat jugak untuk bergambar. Tapi kami dah banyak habiskan waktu pada 1st tample.



Ø  Tample ke 2 yang kami nak sangat pergi adalah Ta Prohm (Tempat pengambaran filem Tomb Rider lakonan Angelina Jolie). Korang kena pergi kearah belakang first tample berjalan kaki lebih kurang 20 min dan ambil tuk tuk ke Ta Prohm. Kos 1 Tuk Tuk untuk 5 orang dalam USD 14 pergi & balik.  
Ta Prohm Tample

Ø  Jam 10.30 am kami balik menuju ke hotel untuk checkout. Perjalanan dari Angkor Wat ke hotel mengambil masa lebih kurang 40 min.
Ø  Selepas checkout pada jam 12 pm, kami dibawa berjalan-jalan di sekitar Royal Park sementara untuk menunggu jam 7pm untuk menaiki sleeper bas. Agak bosan di Royal Park nak makan pun beli buah sahaja.
Ø  Jam 7pm, kami menaiki sleeper bas keadaan luaran nampak uzur tak menyakinkan tapi bile masuk dalam jadi excited cantik dan kemas. Masuk je dalam driver bas suruh buka kasut & letak dalam plastic. Katil 2 tingkat setiap tilam ada 2 selimut dan 2 bantal.
Ø  Selama 14 jam perjalanan kami tidur dengan lena.



.                                                                        Vireak Bunthan Sleeper Bas 

Day 4: Welcome to Ho Chi Min, Vietnam and Happy New Year 2020!!


Ø  Sepanjang urusan immigration keluar dari Cambodia and masuk Vietnam, pemandu bas sangat membantu memudahkan urusan kami. Walaupun tak ramai orang tapi tetap lambat. Cumanya immigration ini lagi ok compare jika berurusan dengan immigration di Thailand jika melalui jalan darat.

immigration Vietnam

immigration Cambodia

Ø  Kami tiba di Ho Chi Min jam 11am dan bas berhenti di tepi2 jalan sahaja. Kami kena berjalan lebih kurang 45min dengan luggage masing2 untuk ke hotel area Ben Thanh market.

                                                
Delux Room

Ø  Hotel kami (Viola Hotel) check in hanya boleh pukul 2pm dan kami kena bayar extra jika nak checkin awal. Seterika tidak di sediakan tapi ada service iron RM2 untuk 1 helai baju ye.
Ø  Setelah settle check in kami menuju ke Malaysian Streets untuk lunch. Hanya di Malaysian Street anda boleh dapatkan makanan halal. Restoren pertama kami adalah Restoren Basirah. Portion makanan sikit dan mahal. Bagi aku makanan di Ho Chi Min agak mahal dan tak kena dengan tekak.
Mee Goreng Mamak & Sup ayam

Ø  Kemudian kami masuk ke Ben Thanh Market, dalam market ini korang kena pandai tawar menawar dan peniaga sini sangat aggressive so if just nk tawar tak beli jangan cuba cari pasal. Harga dalam market ini agak mahal, actually korang boleh dapat murah kat area Malaysian streets jek. Kawan aku be medium luggage RM 180 penat bergaduh dapat RM140 tapi bile beli kat kedai muslim area Malaysia streets tak sampai RM 100 pun. Sob sob… hehe
Ø  Tudung, baju t-shirt, fridge magnet korang beli je kat area Malaysian Streets tu memang murah compare dengan night market. Baju T-Shirt dengan quality yang baik boleh dapat pada harga serendah RM 8 dan fridge magnet RM 5 satu papan.
Ø  Kami shopping agak kelam kabut kerana yakin beli di night market lagi murah padahal Malaysian street yang depan mata tu murah.
Ø  Jam 11.30pm kami bergerak ke Saigon jalan kaki dalam 10 min untuk sambut new year. Sangat happening dengan percikan bunga api selama 20 min tanpa henti.

Happy New Year 2020!!


Day 5: Last day Bye Ho Chi Min (Mekong Delta)

Ø  Tak lengkap pergi Ho Chi Min jika tidak merasa naik sampan di Mekong River. Di sebabkan flight kami dalam 7.00pm risau jika tak sempat sampai di airport maka kami pilih untuk private trip dan bayar lebih sikit.
Ø  Pakej termasuk horse riding, river tiket and lunch.
Ø  Perjalanan dari Hotel ke Mekong Delta mengambil masa 2 jam dan kami bergerak seawall jam 8:00am.
Ø  Setiba di daerah Mekong kami di bawa di satu kedai untuk shopping dan ada murah dan mahal. Jika anda tak abis shopping di Malaysian Street boleh sambung di kedai tersebut,
Ø  Kemudian kami di bawa menaiki bot melawat tempat-tempat menarik di pulau. Antaranya:
ü  Lawatan ke tempat madu
ü  Lawatan ke tempat pembuatan bag dari kulit lembu, kuda dan buaya.
ü  Kilang gula-gula kelapa
ü  Makan local fruit sambil menikmati muzik
ü  Menaiki sampan di Mekong river.
ü  Menikmati makan tengah hari di pulau.

                                                                     Mekong River
Local Fruits
Horse Riding

Menu Lunch di Pulau

Ø  Settle semuanya pada jam 3 pm dan kami bergerak menuju ke airport.
Ø  Jam 7pm flight ke Malaysia... sob sob :(




Till we meet again..


Comments