Trip Bajet 2K : Cambodia – Vietnam (5 hari 4 malam, 2 negara 3 daerah)



Trip Bajet 2K : Cambodia – Vietnam 
(5 hari 4 malam, 2 negara 3 daerah)

Trip kali ini kami buat kerja giler sebab before ini kami wajib ambik agent dari Malaysia.
So semua benda dah settle tinggal bawak baju, badan, tak payah susah- susah buat research and so on.

Kami dah travel bersama hampir 3 tahun & 3 negara termasuk Indonesia, Thailand & Korea. Tapi kali nie trip kami yakin sangat nak independent. Alhamdulilah verything going smooth..
Pada mulanya, kami merancang untuk travel ke Cebu, Philippine tapi malang nye tiket flight mahal dan kami ternampak Phnom Penh, Cambodia murah then terus book tiket pergi sahaja (tiket book 6 bulan awal).

Sepanjang 5 bulan discussion and research oleh kerana trip kami nie memang plan nak sambut new year macam tak happening je sambut new year di Phnom Penh jadi nya kami plan sambut di Ho Chi Min, so kami plan seperti di bawah:

·         Plan A : naik sleeper bas dari Phnom Penh, Cambodia terus ke Ho Chi Min, Vietnam.

·         Plan B: dari Phnom Penh, Cambodia ke Siem Reap, Cambodia patah balik Phnom Penh, Cambodia and last sampai ke Ho Chi Min, Vietnam

Akhirnya, kami sepakat untuk proceeds to Plan B sebab rase rugi kalau kami tak jejak kaki ke Angkor Wat (di Siem Reap, Cambodia) yang merupakan simbol keajaiban dunia.

Kami bernasib baik, dalam banyak- banyak tour guide muslim Cambodia hanya Safy seorang sahaja tour guide dari Siem Reap sudi ambil kami dengan van melawat Phnom Penh & Siem Reap. Dari Siem Reap ke Phnom Penh mengambil masa 6 jam perjalanan darat. Alhamdulilah Safy sahaja sudi tolong kami (walaupun kami mengalami masalah komunikasi kerana beliau hanya pandai basic English sahaja). So planning kami dah lari sikit so bajet pun agak mahal sikit, if korang nak cut cost direct turun Siem Reap sebab banyak tempat menarik kat sana compare dengan Phnom Penh. Kami di Phnom Penh hanya melawat 2 tempat and makan tengah hari sahaja.

Untuk trip kali ini kami ada 6 orang, so hotel share 2 orang satu bilik and makanan share 6 orang. So di bawah ini aku share bajet untuk seorang sepanjang trip 5 hari 4 Malam:

1. Flight Tiket Malindo (Malaysia – Phnom Penh) = RM 155
*Termasuk 5 kg luggage & makanan

2. Etika Insurance = RM 44.90

3. Hotel di Siem Reap (3 hari 2 malam) = RM 94.21
* Tang Kang Angkor Hotel

4. Tour Guide (lebih kepada pengangkutan sepanjang di Cambodia) : RM 174.50

5. Makanan (3 hari 2 malam) =  RM 190.70

6. Entrance Tickets = RM 264.41
ü  Tuol Sleng Genoside Museum = 8 $ ( RM 33.48)
ü  Cambodia Cultural Village = 15 $ ( RM 62.80)
ü  Lotus Farm = 0.50 $ ( RM 2.09)
ü  Angkor Wat = 37 $ ( RM 154.84)
* Tuk tuk ke Ta Prohm = USD 2.8 ( RM11.2)

7. Vireak Bunthan Sleeper Bas (Siem Reap – Ho Chi Min) = RM 100.48

8. Shopping di Cambodia = RM 109

9. Flight Tiket Mas (Ho Chi Min - Malaysia) = RM 280
* termasuk luggage 25kg  & makanan

10.  Hotel di Ho Chi Min (2 hari 1 malam ) = RM 50
*Viola Hotel

11. Makanan (2hari 1 malam) = RM 108.80

12. Entrance ticket & transport to airport: RM 88

   13. Private van to Mekong Delta & River only = RM 88
*include lunch

14. Shopping di Ho Chi Min = RM 340

GRAND TOTAL = RM 2,000.00
*anggaran kasar sahaja



My Lovely Travel Buddies

Comments